Peniaga?!?
Monday, 1 December 2014 • Monday, December 01, 2014 • 0 comments

Hi semua, rasanya hari ada nakshare sikit pasal something.Nak tahu tak pasal apa? Ok,macam ni semalam Myro and family pergi kedai telefon sebab nak beli telefon to my sis..Untunglah dia dah dapat telefon besar..hehe..Ok macam ni, dekat complex tu ada banyak kedai telefon tapi ayah aku tertarik dengan satu kedai ni.. Sebab apa? sebab layanan orang yang menjual telefon tu ramah gila.. Mula mula dia cakap macam ni..
"ok pakcik,nak tengok telefon?pak cik duduk dulu biar saya tunjuk kan kepada pakcik telefon yang menarik!"
Lepastu ayah aku pun duduk lah lepastu dengar keterangan dia... orang yang jual tu pun sempat lagi nak buat lawak supaya customer dia tak lari..hehe btw aku suka sangat cara dia menjual tuh..memang pro gila.. FYI, penjual tu adalah orang cina, aku rasa tak ada pun penjual melayu yang ramah macam tu..
Ayah Myro pernah cerita, dia nak survey telefon jugaklah tapi dekat kedai melayu, cara penjual melayan ayah akukan memang teruk sekali... percakapan dia terlalu kasar. Kalau macam ni lah.. Macam mana lah Melayu nak maju kan! Orang cina ni memang pandai berniaga, tapi tak semua orang Melayu tak pandai berniaga kan... Mungkin ada certain je yang bercakap kasar dengan customer.
Lepastu kitaorang pergi pula ke kedai baju.. Ambooiii, bila kitaorang masuk je terus berbual dengan kitaornag macam dah kenal.. lepastu dia cakap kat Myro macam ni,
Lepastu kitaorang pergi pula ke kedai baju.. Ambooiii, bila kitaorang masuk je terus berbual dengan kitaornag macam dah kenal.. lepastu dia cakap kat Myro macam ni,
"adik adik nanti cakap kat ayah suruh beli sweater ni,uncle kasi discount sweater ni dari RM 90 jadi RM 50,sweater ni smart untuk adik.. nanti suruh ayah beli ok.." lepastu Penjual tu kenyit mata kat Myro.
Haha, memang lawaklah cara percakapan dia,uncle yang jual tu pun orang cina, Wahh, memang hebatkan cara diaorang berniaga ni.. Kalau orang dengar cara diaorang cakap terus saja nak beli! Tapi semalam tak beli pun sweater tu, Myro beli seluar skinny..haha..Btw, memang bestlah semalam shopping! Sebenarnya dalam kitaorang shopping ni , kitaorang nilai juga kualiti penjual di setiap kedai, ada yang teruk, ada juga yang ok!
Itu sajalah Myro nak kongsi dengan korang, Harap korang tidak terasa dengan entry ini, entry ni hanya pandangan daripada Myro sahaja, maaf kalau terkasar bahasa ok! So, korang pun mesti menilai juga kualiti penjual di kedai yang korang kunjungi ok... kalau layanan dia buruk terus beredar je dari kedai tu.. Okla,
BYE!!
Thanks for Reading!